14 December 2008

Keistimewaan Raya Haji


Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.


Hari Raya Haji adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah.


Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.


Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin


Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

03 December 2008

Masalah Remaja Zaman Kini


Benda ni berkait.. dari sistem kekeluargaan yang pincang sehinggalah sistem kenegaraan yang kurang berkesan menangani masalah kebejatan moral dan etika..

Sesetengah remaja bermasalah datangnya daripada family yg bermasalah spt bercerai berai, penderaan, dadah dan sebagainya yg gagal mencorakkan personaliti remaja yg positif.. manakala dari sistem masyarakat itu sendiri yg ada kalanya tidak 'peduli'.. kadangkala jiran sebelahpun tak kenal.. ini berlaku di bandar.. dah byk sikap2 individualistik ini menular dan menyebabkan masyarakat kurang harmonis.. bila remaja rumah sebelah atau taman sebelah buat hal mereka hanya buat2 tak tau.. kenkadang ada yg buat 'projek' di dalam kereta di tepi taman perumahan pun tak ambil peduli... masyarakat bandar mcm ni dah tak bersatu sgt.. kalau di kampung tu rasanya masih lagi terkawal.. itupun ada kes dadah di felda2 yg mana masalah moral ni meruncing...

Sistem kenegaraan ni tak payah cakaplah... masing2 tau masalah merogol makin meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk perundangan yg tidak lagi 'berkesan' bagi menakutkan pelakusalah merogol atau mencabul... cubalah ganti hukuman sebat dan penjara perogol kepada hukum hudud.. sure mereka2 tu takut nak merogol/mencabul... Islam ini agama sejahtera selamat... sebab itulah hukum hudud ini berfungsi utk memelihara masyarakat daripada masalah moral dan etika, bukannya sekadar nama agama sahaja tetapi praktisnya perlu diamalkan...